Pendapat tentang Wikipedia
===========================

Wikipedia bahasa Melayu (URL:[http://ms.wikipedia.org/Laman_Utama]) ialah satu sumber maklumat yang berpotensi memainkan
peranan penting sebagai ensiklopedia dan sumber maklumat buat penutur bahasa Melayu.

Dan sesungguhnya, ia mengandungi banyak maklumat yang baik dan sahih yang dapat digunakan untuk menambah ilmu.

Namun demikian, tapak ini mempunyai sedikit kelemahan dan kelamahan ini berpunca daripada bilangan penyumbangnya yang amat
kecil. Mahupun ia sudah bertapak lebih satu dasawarsa, ia masih dianggap "wikipedia kecil" oleh para penganjur Wikipedia
(URL:[http://meta.wikimedia.org/]) kerana komuniti aktif yang kecil walaupun bilangan rencana yang terkandung melebihi
200 000 rencana.

Orang awam masih tidak melihat Wikipedia bahasa Melayu sebagai sumber utama maklumat dan ini agak mengeciwakan kerana
Wikipedia bahasa Melayu mampu menjadi tapak penggunaan bahasa Melayu di alam maya.

Format HTML
------------

Rencana ini dalam format HTML: URL: [http://cilipadi.multics.org/wp-pendapat.html]

<2013-06-30>